https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxg6PYCwEBhA3l3hWQqFm6wN0qiJgAcSKBCeihyphenhyphenR1uWtKwsfc4n3d_YnvN3VAPtAmnIiFH1qFyKZdS5aaZOO0Q4HFhLgNVHwGNZPpmrteeo-u_fvo1Il3DHgC-zhPBxYzKV6yzUQWi9Fo/s1600/under_construction.jpg
Kurikulum
‘fun learning’ diperkenal 2011 mantap penguasaan murid
JERTIH: Kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bahasa Inggeris
kepada murid Tahun Satu mulai tahun depan dalam usaha memperkasakan penguasaan
bahasa itu di kalangan murid di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, melalui kurikulum baru itu, murid
sekolah akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan
pendekatan sesuai yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan
menulis dalam bahasa itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu
sudah siap diteliti dan satu projek perintis yang dijalankan menggunakan
pendekatannya menunjukkan hasil yang sangat baik.
“Kita mahu melihat anak-anak kita dapat menguasai bahasa Inggeris
dengan lebih baik lagi melalui pendekatan yang lebih sesuai ini.
“Perubahan pada bentuk atau formula yang ringkas seperti ‘language
art’ atau komponen tatabahasa, tetapi dibuat secara ‘fun learning’ dan bertutur
menggunakan nahu betul supaya kita kuasai bahasa Inggeris British yang
standard,” katanya.
Untuk itu, katanya, kerajaan akan mengambil 365 tenaga pengajar
pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia
secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru bahasa
Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa
itu dengan lebih baik.
“Kita percaya dengan cara ini, walaupun kita tidak meneruskan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
pembelajaran bahasa Inggeris akan lebih baik lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Juara
Rakyat dan majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daerah Besut di sini, semalam.
Seramai 122 pelajar, guru, guru besar dan pengetua daripada 75
sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima sijil anugerah cemerlang
yang disampaikan Muhyiddin.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said; Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan
Sri Alimuddin Mohd Dom dan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Muhyiddin juga mengumumkan pemberian peruntukan khas masing-masing
berjumlah RM200,000 kepada Sekolah Menengah Imtiaz Besut dan Sekolah Kebangsaan
(SK) Tengku Mahmud sebagai penghargaan muncul sekolah terbaik seluruh negara
bagi PMR dan UPSR tahun lalu.
Beliau juga berkata, kerajaan merancang memanggil guru bersara yang
mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam bahasa Inggeris untuk membantu mengajar
subjek berkenaan.
Mengenai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang disalah anggap
sesetengah pihak mendapat layanan istimewa dan dijadikan sekolah elit, Muhyiddin
berkata, kementerian tidak pernah memberi layanan berbeza atau membezakan
sekolah yang ada di negara ini.
“SBT bukan diwujudkan untuk kita menjadikan sekolah itu elitis
kerana sekolah ini kalau kita tidak jadikan SBT pun sudah cemerlang. Ia adalah
pengiktirafan di atas kejayaan sekolah itu dan ia boleh menjadi penanda aras
kepada sekolah lain untuk maju. Kita juga mahu melihat sekolah yang tidak capai
tahap cemerlang boleh berjaya lagi.
“Kita wujudkan SBT untuk menggalakkan lebih banyak sekolah mencapai
tahap yang lebih baik. Dengan memberi pengiktirafan SBT, pelajar tidak lagi
perlu berebut untuk masuk sekolah berasrama penuh kerana sekolah yang diberikan
pengiktirafan itu adalah sekolah terbaik dan cemerlang,” katanya.
Beliau juga berkata, kementerian akan mengenal pasti murid yang
masih lemah dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
untuk diberikan latihan khas bagi membolehkan mereka menguasai sepenuhnya 3M
dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang.
Berita Minggu (14 Februari 2010)
Posted on 5 Februari, 2010 by admin
KEMENTERIAN
Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Lebihan pendidik tidak patut
berlaku’ yang disiarkan ruangan ini 4 Januari lalu.
Untuk makluman, pada Januari 2010,
dianggarkan wujud kekurangan sebanyak 11,238 guru di sekolah menengah selepas
mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat
November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250
orang.
Di sekolah rendah, wujud kekosongan
jawatan guru sebanyak 5,211 selepas mengambil kira penempatan calon guru
lepasan Program KPLI yang tamat pada November / Disember 2009 seramai 5,976,
PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan
Rendah/Prasekolah 171 orang.
Oleh
itu, secara keseluruhannya, pada ketika ini lebihan guru tidak timbul sama ada
di peringkat menengah atau rendah. Kesukaran atau kelewatan penempatan guru
mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
* Penempatan guru oleh BPSH, BPI,
BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan
daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan
ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan.
Untuk makluman, akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed
(TESL) pada 25 Januari 2010.
Guru Lepasan IPTA perlu melalui temu
duga dan ujian Insak (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru
Sandaran Terlatih. Temu duga itu antara lain bertujuan memastikan guru yang
dilantik memenuhi semua syarat ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.
Pelantikan
guru dibuat dengan memberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dulu.
Bagi peringkat rendah, sebilangan
guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan sekolah jenis kebangsaan
menerima guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4
hingga 6). Sebagai contoh, wujud lebihan 7,580 guru opsyen bahasa Melayu di
sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru bahasa Melayu
di SJK (C) dan 545 guru bahasa Melayu di SJK (T).
Unjuran keperluan guru bagi bekalan
sekolah menengah dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh lima tahun mulai ambilan
2007 – 2011. Bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun
berdasarkan perkara berikut:
Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus
Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperoleh dari setahun ke setahun.
Tambahan
norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru
bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-pering-kat. Sehingga 2010,
tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas
di peringkat menengah sudah
diperoleh bagi Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima dan norma 2.0 kepada 2.5
guru bagi setiap kelas Tingkatan Enam.
Perubahan dasar dari semasa ke
semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan prasekolah dan
memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
No comments:
Post a Comment